Tuesday 14 January 2014

ORIENTASI TINGKATAN 4


                  Program Orientasi 2014 telah dilaksanakan telah dilaksanakan pada 7, 8 dan 13 Januari                2014 (Selasa dan Isnin). Program ini melibatkan semua murid tingkatan empat.
  Murid telah dibahagikan kepada kepada tiga kumpulan. Pada 7 Januari 2014, kelas – kelas yang                  terlibat ialah 4 Ibnu Rushd, 4 Sains1, 4 Teknik, 4 Perdagangan 1, 4 Perdagangan 3, 4 Perdagangan              5, 4 Ert1 dan 4 Ahr 1 . Pada 8 Januari 2014, kelas yang terlibat ialah 4 Sains 2 da 4 Ibnu Sina.                   Program dilaksanakan di Pusat Sumber Sekolah. Pada 13 Januari 2014,  kelas – kelas yang terlibat              ialah 4 Sastera, 4 Perdagangan 2, 4 Perdagangan 4, 4 Perdagangan 6, 4 Ert2 dan 4Ahr 2.
 Jadual perjalanan program adalah sama untuk ke tiga- tiga kumpulan. Murid dikumpulkan di dewan               atau pusat sumber selepas perhimpunan. Taklimat yang dilaksanakan disepanjang program ialah                     berkaitan dengan aliran akademik murid mengikut aliran atau pun bidang masing – masing. Guru yang             memberikan taklimat ialah :
  •                         Pn. Hajah Rodziah Bt Sheikh Ali, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
  •                                                 Pn. Hajah Saodah Bt Razali, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik.
  •                         Pn. Hajah Rosnah Bt Abdullah, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa Kemanusiaan. 
  •                         Pn. Suhaila Bt Abdullah, Guru Subjek Teknikal.

Selain itu juga, murid diberikan penerangan mengenai kokurikulum yang disampaikan oleh Tn. Haji       Mazlan Bin Abd Manan, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jalan Kebun. Murid juga diberikan               penerangan mengenai peperiksaan SPM yang disampaikan oleh Pn. Ruzalila Bt Kamil, Setiausaha               Peperiksaan SPM. Dan taklimat terakhir ialah berkaitan dengan disiplin yang disampaikan oleh Pn, Anita Bt Abd Rahman, Ketua Guru Disiplin SMK Jalan Kebun.

Program Orientasi Murid 2014 tersebut tamat pada jam 12.55 tengah hari dan murid terus pulang ke rumah masing – masing.


































No comments:

Post a Comment