Program
Transformasi diri 2014 telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.
Program Transformasi Diri Tingkatan
Tiga 2014 telah dilaksanakan pada 9
dan 10 Januari 2014 iaitu hari khamis dan jumaat.
Pelajar dipecahkan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pada 10 Januari 2014, dari
jam 7.45 pagi hingga 8.45 pagi kelas yang terlibat ialah kelas 3 Al Farabi, 3 Al Khindi, Arif,
3 Bestari, 3 Cerdas. Pada 10
Jan , kelas yang terlibat ialah kelas 3 Jujur, 3 Karisma, 3 Luhur, 3
Murni dan 3 Nur pada jam 7.45
pagi hingga 9.45 pagi. Manakala pada jam 10.10 pagi hingga 11.10 pagi kelas
yang terlibat ialah 3 Efisien, 3 Fokus, 3 Gigh, 3 Harmoni, dan 3 Iltizam.
Pengisian program lebih tertumpu kepada slot ceramah Tips Pelajar Cemerlang
yang disampaikan oleh Mr. Athi dari Pusat Tuisyen Sarjana Klang dan taklimat I- Think yang disampaikan oleh Pn. Hani Rashika Bt Salleh.
I-Think merupakan salah sartu teknik belajar yang dapat membantu pelajar cara
mudah untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Program
Transformasi Diri Tingkatan Empat 2014 telah dilaksanakan pada 23 Januari 2014
iaitu pada hari khamis. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada jam
7.30 pagi hingga 10.25 pagi kelas yang terlibat ialah 4 Ibnu Rushd, 4 Sains 2, 4 Perdagangan 4, 4 Perdagangan 5,
4 Perdagangan 6, 4 ERT 1, 4 ERT 2 dan 4 AHR 2, manakala pada jam 10.45 pagi –
12.55 tengah hari kelas yang terlibat ialah kelas 4 Ibnu Nafis, 4 Sains 1, 4
Teknik, 4 Sastera, 4 Perdagangan 1, 4 Perdagangan 2, 4 Perdagangan 3, dan 4
AHR1. Pengisian program lebih tertumpu kepada Ceramah Teknik Belajar dan
Halatuju Selepas SPM. Slot Ceramah disampaikan oleh Cik
Zamida Bt Abu Zainal, pensyarah dari Msu Shah Alam. Antara Teknik belajar yang
didedahkan kepada pelajar ialah Peta Minda.
Program Transformasi Diri Tingkatan
Lima 2013 telah dilaksanakan pada 16 Januari 2014 iaitu pada hari Khamis.
Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada jam 7.30 pagi hingga 10.25
pagi kelas yang terlibat ialah 5
Ibnu Rushd, 5 Sains 2, 5 Sastera, 5 Perdagangan 2, 5 Perdaganagan 4, 5 Kemanusiaan
2, 5 AHR 2 dan 5 ERT 1, manakala pada jam 10.45 pagi – 12.55 tengah hari kelas
yang terlibat ialah kelas 5 Sains 1, 5 Perdaganagan 1, 5 Perdaganagan 3, 5 Kemanusiaan 1, 5 Kemanusiaan 3, 5 ERT 2 dan 5 AHR 2. Pengisian program lebih tertumpu
kepada Ceramah Resume dan Halatuju Selepas SPM. Slot Ceramah
disampaikan oleh En. Khairul dan En. Ezrin, pensyarah dari INTI Internatioanal
University & College, Subang. Pelajar didedahkan kepada cara membuat resume
sebagai persediaan ke alam pekerjaan.
Pelajar
yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. Namun tidak dinafikan, terdapat
segelintir pelajar yang tidak bersungguh – sungguh semasa mendengar taklimat
daripada penceramah. Program seperti ini perlu diteruskan di masa akan datang
bagi tujuan menyedarkan pelajar tentang peranan sebagai seorang pelajar ke arah
kecemerlangan akademik dan sahsiah diri
No comments:
Post a Comment