Saturday 25 January 2014

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TAHUN 2014

Program Transformasi diri 2014 telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. 
            Program Transformasi Diri Tingkatan Tiga 2014 telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Januari 2014 iaitu hari khamis dan jumaat. Pelajar dipecahkan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pada 10 Januari 2014, dari jam 7.45 pagi hingga 8.45 pagi kelas yang terlibat ialah  kelas 3 Al Farabi, 3 Al Khindi, Arif, 3 Bestari, 3 Cerdas. Pada 10 Jan , kelas yang terlibat ialah kelas 3 Jujur, 3 Karisma, 3 Luhur, 3 Murni dan 3 Nur pada jam 7.45 pagi hingga 9.45 pagi. Manakala pada jam 10.10 pagi hingga 11.10 pagi kelas yang terlibat ialah 3 Efisien, 3 Fokus, 3 Gigh, 3 Harmoni, dan 3 Iltizam. Pengisian program lebih tertumpu kepada slot ceramah Tips Pelajar Cemerlang yang disampaikan oleh Mr. Athi dari Pusat Tuisyen Sarjana Klang dan taklimat  I- Think yang disampaikan oleh Pn. Hani Rashika Bt Salleh. I-Think merupakan salah sartu teknik belajar yang dapat membantu pelajar cara mudah untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.



                                                                            
                                                                      
          

                                                                           

                     Program Transformasi Diri Tingkatan Empat 2014 telah dilaksanakan pada 23 Januari 2014 iaitu pada hari khamis. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada jam 7.30 pagi hingga 10.25 pagi kelas yang terlibat ialah 4 Ibnu Rushd, 4 Sains 2, 4 Perdagangan 4, 4 Perdagangan 5, 4 Perdagangan 6, 4 ERT 1, 4 ERT 2 dan 4 AHR 2, manakala pada jam 10.45 pagi – 12.55 tengah hari kelas yang terlibat ialah kelas 4 Ibnu Nafis, 4 Sains 1, 4 Teknik, 4 Sastera, 4 Perdagangan 1, 4 Perdagangan 2, 4 Perdagangan 3, dan 4 AHR1. Pengisian program lebih tertumpu kepada Ceramah Teknik Belajar dan Halatuju Selepas SPM. Slot Ceramah disampaikan oleh Cik Zamida Bt Abu Zainal, pensyarah dari Msu Shah Alam. Antara Teknik belajar yang didedahkan kepada pelajar ialah Peta Minda.








            Program Transformasi Diri Tingkatan Lima 2013 telah dilaksanakan pada 16 Januari 2014 iaitu pada hari Khamis. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada jam 7.30 pagi hingga 10.25 pagi kelas yang terlibat ialah 5 Ibnu Rushd, 5 Sains 2, 5 Sastera, 5 Perdagangan 2, 5 Perdaganagan 4, 5 Kemanusiaan 2, 5 AHR 2 dan 5 ERT 1, manakala pada jam 10.45 pagi – 12.55 tengah hari kelas yang terlibat ialah kelas 5 Sains 1, 5 Perdaganagan 1, 5 Perdaganagan 3, 5  Kemanusiaan 1, 5 Kemanusiaan 3, 5 ERT  2 dan 5 AHR 2. Pengisian program lebih tertumpu kepada Ceramah Resume dan Halatuju Selepas SPM. Slot Ceramah disampaikan oleh En. Khairul dan En. Ezrin, pensyarah dari INTI Internatioanal University & College, Subang. Pelajar didedahkan kepada cara membuat resume sebagai persediaan ke alam pekerjaan.
Pelajar yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. Namun tidak dinafikan, terdapat segelintir pelajar yang tidak bersungguh – sungguh semasa mendengar taklimat daripada penceramah. Program seperti ini perlu diteruskan di masa akan datang bagi tujuan menyedarkan pelajar tentang peranan sebagai seorang pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah diri
































No comments:

Post a Comment