Friday 4 July 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2015 / 2016

 MANUAL PERMOHONAN MELALUI INTERNET

1                Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh   
      menggunakan kemudahan PMI. 

2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
A.   Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP  
Integrasi)
             B.  Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
C.    Sekolah Menengah Teknik (SMT)
            D.   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-
       lain.
            E.   Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
            F.   Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T).
            G.  Sekolah Berprestasi Tinggi.
    
2.    Cara Permohonan.
i.              Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.    

ii.            Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

iii.            Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.

iv.           Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat pembelian nombor PIN di kaunter BSN sahaja.
·         Kaunselor/guru/pelajar akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar/ Nombor PIN.

·         Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod  organisasi pada slip BSN ditulis dengan nombor kod: A2657500

·         Kaunselor/guru/pelajar pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (
BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)

          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PIN 5 Digit.
 Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web    Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10  Oktober  2013 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PIN.



KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2015 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2014. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2014.
Bagi mengikuti Jurusan Sains:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia danFizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Aliran Teknikal:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik,dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.



SYARAT KELAYAKAN MINIMA

a)
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut 

Jurusan Sains
1.   C    Bahasa Melayu
2.   C    Bahasa Inggeris
3.   B    Matematik
4.   C    Matematik Tambahan
5.   C    Kimia
6.   C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
           
·         Fizik
·         Biologi
Jurusan Perakaunan
1.  C     Bahasa Melayu
2.  C     Bahasa Inggeris
3.  C     Matematik
4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
·         Prinsip Perakaunan
·         Ekonomi Asas
·         Keusahawanan
·         Perdagangan
·         Sains Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Biologi
·         Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5.  E     Matematik Tambahan

Aliran Teknikal
1.  C    Bahasa Melayu
2.  C    Bahasa Inggeris
3.  B    Matematik
4.  C    Matematik Tambahan

5.  C    Fizik
6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
·         Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atauTeknologi Kejuruteraan
7.   E   E
8.  B  Lukisan Kejuruteraan

 2.0
PENEMPATAN

Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pendidikan Malaysia



1.0

CARA PERMOHONAN

Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja.
2.0 
TARIKH TUTUP

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2014.
3.0 
Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
4.0 
SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2015 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
5.0 
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2015 untuk mengetahui status permohonan.
6.0
SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Pelajar perlu mencetak sendiri surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
7.0
RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan.


No comments:

Post a Comment