Pengenalan
Jika
anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini
yang menghadapi masalah seperti ini.
Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak
sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami
stress/tekanan. Apabila anda selalu
mengalami stress/tekanan anda
berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia
(tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai
jenis sakit yang disebabkan stress.
Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana
jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian
tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di
khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali
berbuat demikian. Ini menjadi lebih
teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.
Bagaimana kita boleh
stress?
Setiap
hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali
situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti
yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan
binatang buas atau musuh dari puak lain.
Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang
menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’
dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit
sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3
jam untuk menjadi normal
semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini
berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk
kembali kepada tahap normal. Keadaan
ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan
kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan
lain. Walaubagaimanapun keadaan
yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama
seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak,
kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.
Sebenarnya
gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan
stress. Kebanyakan dari kita telah
dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang
sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai
apa yang diharapkan maka kita akan kecewa.
Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak
kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang
diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa
sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan
(umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan
kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan
kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk
otot-otot kita untuk kendur.
Apakah yang patut kita
buat?
Perkara
yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara
efisen. Pada asasnya sebahagian besar
dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk
menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang,
konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan
berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik
akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita
menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita
alami.
Kunci
untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan
cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap
hari. Otot-otot di beberapa bahagian
badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi
di beberapa bahagian tertentu.
Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan,
muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan
latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada
permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran
relaksasi.
Seterusnya eloklah kita
lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara
untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan
khusus.
No comments:
Post a Comment